Rabi’ah Al-Adawiyah,Adalah Seorang Ahli Sufi Wanita Yang Cukup Zuhud Dalam Hidupnya.
1 Hari Datanglah Tiga Orang Lelaki Yang Ingin Melamarnya Sebagai Isteri. Mereka Itu Hasan Bisri, Malik Bin Dinar,Dan Tsabit Al-Benany.
“Rabi’ah,Pilihlah Satu Di Antara Kami Sebagai Suamimu, Karana nikah Itu Adalah Sunnah Rasul,”Kata Mereka.
Tanpa Menjawab Ya Atau Tidak,Rabi’ah Hanya Menyatakan Beberapa Permasalahan Dirnya.
“Siapa Yang Bisa Memecahkan Permasalahan Itu Dialah Calon Suami Saya,”
Kepada Hasan,Rabi’ah Bertanya:
“Apa Yang Anda Jawab Bila Ada Seseorang Berkata Bahwa Nanti Di Hari Perjanjian Saya Tidak Peduli Terhadap Orang-Orang Yang Masuk Neraka Dan Tidak Peduli Terhadap Orang-Orang Yang Masuk Syurga.
Termasuk Kelompok Manakah Saya Nanti?”
Mendengar Pertanyaan Itu Hasan Hanya Boleh Menjawab: “Saya Tidak Tahu”
Rabi’ah Lalu Bertanya Lagi: “ Malaikat Telah Membentuk Aku Sewaktu Aku Di Dalam Kandungan. Apakah Aku Menjadi Orang Yang Berbahagia Atau Orang Yang Sengsara?”
“Saya Tidak Tahu,”Jawab Hasan Lagi.
Kembali Rabi’ah Mengajukan Pertanyaan Lagi Kepada yang Melamarnya Itu.
“Bila Ada Orang Berkata Kepada Seseorang Agar Jangan Takut Dan Jangan Bersedih, Sementara Kepada Yang Lain Ia Mengatakan Mereka Tidak Berhak Untuk Bergembira, Maka Termasuk Kelompok Manakah Aku Ini?”
Hasan Menjawab Lagi: “Tidak Tahu.”
Maka Rabi’ah Melanjutkan Pertanyaan Lagi:
“Kuburan Bisa Menjadi Taman Syurga Dan Bisa Menjadi Liang Masuk Neraka. Bagaimana Kuburan Saya Nanti?”
Menjawablah Hasan Seperti Jawaban Sebelumnya: “Saya Tidak Tahu.”
Belum Puas Dengan Pertanyaan Yang Telah Diajukan, Rabi’ah Mengajukan Pertanyaan Lagi Kepada Hasan:
“Pada Suatu Hari Ada Wajah-Wajah Yang Putih, Dan Ada Pula Wajah Yang Hitam.Bagaimana Wajah Saya Nanti?”
“Tidak Tahu,”Jawab Hasan Pula.
Kembali Rabi’ah Al-Adawiyah Mengajukan Pertanyaan Walaupun Orang Yang Ditanyai Selalu Menjawab Dengan Perkataan “Saya Tidak Tahu.
”Bila Hari Qiamat Ada Orang Berseru Bahwa Ketahuilah Si Fulan Telah Mendapatkan Kebahagiaan Dan Si Fulan Bin Fulan Sangat Sengsara.Maka Termasuk Golongan Mana Aku Ini,” Tanya Rabi’ah.
“Saya Tidak Tahu.”Jawab Hasan Bisri Untuk Kesekian Kalinya.
Mendengar Serentetan Pertanyaan Rabi’ah Al-Adawiyah Yang Mengandungi Hikmat Itu, Menangislah Ketiga-Tiga Lelaki Yang Cuba Melamarnya Itu Lalu Meninggalkannya
Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.
Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk.
Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut, tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut,
"Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini."
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."
0 komentar:
Posting Komentar